I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 1, 2009

Fauzi, calon PAS 'Cakno dan Mesra Rakyat'

MANEK URAI BARU, 29 Jun - Mohd Fauzi Abdullah menjadi perhatian masyarakat Manek Urai selepas diumumkan sebagai calon PAS di Dun Manek Urai Jumaat lalu. Beliau yang mesra dengan panggilan Abang Uji terus menjadi perhatian masyarakat, malah masanya menjadi semakin padat sekarang.
Walaupun hari penamaan calon masih berbaki dalam lapan hari lagi, namun jadual hariannya kini semakin padat, kesana ke mari memenuhi tuntutan jemputan penduduk sekitar Dun Manek Urai.Malah kelibat isterinya, Aminah Mahmood siang dan malam setia menemani suaminya suatu yang menarik dalam membantu beliau memenuhi tuntutan tanggungjawab sejak diumumkan sebagai calon mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.Mohd Fauzi dalam aktivitinya untuk hari ini dijadual akan menghadiri satu program masyarakat di Laloh pada tengahari nanti, manakala di sebelah petang pula beliau akan bersama masyarakat di Peria.

Dalam kesempatan hadir ke program anjuran Pasti Kampung Manek Urai Baru petang semalam, beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan ibu bapa pelajar, ternyata beliau seperti yang diperkatakan ramai, ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja tidak mengira ideologi parti.Pada majlis itu beliau dipetik sebagai berkata, pentingnya pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak sejak mereka berumur kanak-kanak lagi memandangkan banyaknya cabaran sosial yang berlaku sekarang.“Walau pun anak kita masih kecil seharusnya mereka dijaga sebaik mungkin agar tidak terikut-ikut kerenah remaja masa kini yang semakin tidak terkawal," katanya kepada sebilangan ibu bapa yang hadir.“Saya amat memahami masalah dihadapi remaja sekarang. Saya juga akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekati mereka bersama menangani masalah sosial,” ujar beliau lagi dipetik berkata.Dalam masa yang sama, Umno melalui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru mengumumkan Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN bagi menentang Mohd Fauzi pada 14 Julai nanti.